Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih yang sedang merinduiku
Taman-taman indah di syurga bangga menerimaku
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan bahagialah hidupku di sana.
Puaka kegelapan pasti ia kan hancur
Fajarkan menyinsing
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar
Kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan sekelian makhluk
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah
tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku
kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu
Engkau berterusan sebagai Zat Yang Pengampun terhadap segala dosa
Engkau belas dan Engkau ampun; dari kebaikanMu dan kasih sayangMu.
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?
dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni’mat itu kepadaku
semoga Zat Yang Memiliki ihsan itu mengampunkan kesalahanku
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu
sekiranya Engkau ampunkan aku, sesungguhnya Engkau mengampunkan seorang penderhaka
yang zalim berbuat ainaya dan berterusan dalam penyesalan
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa (dari mengharapkan ampunanMu)
sekalipun mereka memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka
dia menjadi ramah ketika mengingat Tuhannya
tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu
dia berkata: Kekasih, Engkaulah tempatku memohon dan harapanku
cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.
kupelihara kasihku dari dicemari kekotoran nafsu
dan aku jaga janji kasihku daripada ia tercalar
di saat ku berjaga, aku rindu, dan di saat ku terlelap aku berharap
yang selalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
dan keampunanMu yang mendatangi hamba; meninggikan dan memuliakan (martabatnya).
Jika Tuhanku bertanya padaku,
Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku?
Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku,
Dan datang pada-Ku dengan penuh dosa,
Bagaimana aku nak jawab wahai diriku yang malang?
Dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian,
dan harapan dari semasa ke semasa,
Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati,
Dan apa yang berlaku selepasku dikafankan,
Seolah-oleh aku telah dijamin untuk hidup selamanya,
Seakan mati tidak akan mati menemuiku,
Dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri,
Nah, siapa sekarang yang mampu melindungiku?
Aku melihat pada wajah-wajah,
Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku,
Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini,
Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
Celakalah aku! Apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku?
Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan di dalam surah Qaff dan Yaasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari Ad-deen?
Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemputku?
Maka Ya Rabb! Seorang hambadatang bertaubat, siapa yang dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan yang Maha Luas pengampunanNya & yang membimbingku pada kebenaran,
Aku telah datang pada Mu, maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan (kebaikan) ku,
Dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban,