Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku?
Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku,
Dan datang pada-Ku dengan penuh dosa,
Bagaimana aku menjawab wahai diriku yang malang?
Dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian,
dan harapan dari semasa ke semasa,
Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati,
Dan apa yang berlaku selepasku dikafankan,
Seolah-oleh aku telah dijamin untuk hidup selamanya,
Seakan mati tidak akan menemuiku..
-----------------------
Cukup MatiJadi Peringatan...
sungguh aku takut saat itu
penat memikirkan
bagaimana keadaan mereka yang bakal kutinggalkan?
Binggung memikirkan
bagaimana kehidupanku selepas aku dikafankan?
sungguh aku takut saat itu
sungguh...!
walau hakikatnya aku memang akan berhadapan dengannya..
:'(