Sunday, 26 January 2014

Esok Bagaimana?

Persoalan yang sering bermain dalam diri setiap insan yang punya iman iaitu tentang kematian. Jika malam ini kita melelapkan mata, apakah kita yakin kita bisa bernafas lagi pada keesokan harinya?

Siapa boleh beri jaminan akan hidup selepas itu?
Pasti jawapannya tidakkan?


Semua yang allah cipta dan tetapkan tidak ada yang sia-sia. Allah ciptakan malam, siang, haiwan dan tumbuhan semuanya berhikmah. Begitu juga dengan hidup dan mati. Renung dalam diri, apakah persiapan kita untuk menghadapi kematian.

Bagaimana dengan zikir kita dengan Allah?
Amalan kita??

Kadang-kadang kita rasa cukup bangga dengan title 'sebaik-baik umat' sedang zikir kita kepada Allah amat sedikit jika dibandingkan dengan kemeriahan zikir burung yang tidak pernah jemu memuji Pencipta.

Bagaimana pula kita mengakhiri malam kita?

Rasulullah umpamakan tidur sebagai mati kecil. Justeru, kita disunatkan untuj berwuduk,, berzikir, beristighfar dan meminta maaf serta memaafkan kesalahan orang sebelum tidur kerana kita tidak tahu apa akan terjadi pada esok hari. Siapa tahu Allah jadikan hari ini hari terakhirmu. 
Berapa banyak kematian yang berlaku dalam keadaan orang tersebut masih berlumur dengan dosanya?

Cuba kita hayati dan renung wasiat yang disampaikan Luqmanul Hakim kepada anaknya iaitu;

"Wahai anakku, kalau engkau meragui benarnya kematian, maka janganlah engkau tidur, tetapi engkau pasti akan tertidur juga sebab terlalu mengantukmaka demikian jugalah kematian. Dan apabila engkau meragui benarnya hari kebangkitan, janganlah engkau cuba bangun daripda tidurmu namun 
engkau pasti akan terjaga juga, maka demikianlah juga dengan hari kebangkitan. Kamu akan dibangkitkan selepas kematianmu"

Oleh itu, jangan pernah meremehkan amalan seblum tidur, beristighfarlah, meminta maaf dan maafkanlah. Setiap kali mata ingin tertutup, berdoalah kerana Allah Maha Mendengar doa hambaNya. 

"Ya Allah, jika tidurku ni tidur yang terakhir, maka aku bermohon Engkau ampunkanlah dosa-dosaku,maafkan aku dan redhalah aku sebagai hambaMu" 




~Ameen~

MOGA SYAHID!!!!!