Tiba-tiba Allah uji dengan kegagalan...
Moga Allah hadiahkan pula kekuatan dan kesabaran utk hadapinya.. :'(
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
Sunday, 21 July 2013
Saturday, 8 June 2013
Manisnya UJIAN
Manisnya UJIAN...
"Aduhh..hari ini aku kena hantar paperwork,
"Huu..kenapa pulak dorg nak pilih aku buat kerja tu"
" Fuhh, penatnya, banyak sangat kerja..."
Kadang-kadang tanpa kita sedar kita banyak mengeluh di setiap apa yang Allah beri dengan kita, lebih-lebih lagi pemberian itu berupa kesusahan dan berat untuk dilaksanakan.
Ada yang mungkin akan terjatuh, tertatih bila dihentam dengan seribu ujian
"Allah..Ujian itu maha dahsyat...."
Namun, sedarkah kita?
Ujian yang Allah beri berbentuk kesusahan itu satu jentikan daripada Allah buat hati kita.
Jentikan itu ingin sedarkan kita, dan
Kita sebenarnya sedang berpijak didunia realiti.
Dunia yang sememangnya penuh dengan warna-warni.
Adakalanya kita diwarnai dengan warna suram, adakalanya dihiasi dengan warna terang
Kita senyum bila kesenangan datang dan kita menangis, mengeluh bila datangnya kesusahan
Sungguh, hidup memang begitu,
Dunia ini ada bukit ada lembah
Dan pastinya tidak selamanya kita berada diatas, sesekali kita perlu berada dibawah
supaya kita tahu erti kehidupan..
Allah sengaja beri kita kesusahan ataupun ujian
kerana Dia tahu itu saja cara untuk kita dekat dan mengingatinya..(Sweetkan Allah?)
UJIAN ITU TEGURAN DAN NIKMAT
Ya..pastinya ujian yang Allah beri itu satu teguran dan tanda kasih sayang Allah pada makhluknya.
Mungkin kita saja yang tidak menyedarinya.
Sahabat2..
Yakinlah, ujian kesusahan yang Allah beri bukan bertujuan untuk menjatuhkan bahkan menguatkan hati kita
peribahasa melayu pun ada mengatakan "Ala bisa tegal biasa"
Bila kita sering menerima ujian, hati kita semakin kuat
Bersangka baiklah dengan Allah, pasti Allah tetapkan sesuatu untuk kita.
Then, bila kita ditimpa musibah, ujian dan sebagainya, cubalah memahami situasi yang berlaku
Sejauhmana kita boleh menerimanya dalam keadaan kita berlapang dada dan bersifat positif?
serius, dalam keadaan inilah sifat positif diri sangat2 penting,
"Always turn a negative situation into a positive situation" _Micheal J_
Berapa banyak kita berdoa, dan kita rasa doa itu tidak dimakbulkan Allah? hampir saja kita berputus asa..
Sahabat..Allah bukan tak terima, tapi Allah tangguhkan dimasa akan datang dan pasti itu yang terbaik!
Kadang-kadang kita rasa tak mampu terima bebanan yang banyak
tapi ingat tak apa janji Allah dalam kalam cintanya?
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya"
Dalam al-Quran banyak sebenarnya ayat motivasi untuk kita kuatkan semangat, rajin-rajinkan diri untuk baca dan tadabur kalam indah itu :)
IMAN DAN TAKDIR
Apa yang berlaku dalam hidup kita relatekan semula dengan ketentuan Allah dan tahap keimanan kita. Mungkin musibah yang kita terima boleh dijadikan pengukur iman kita. Sejauhmana kita yakin, sejauhmana kita percaya bahawa setiap yang berlaku itu adalah daripada Allah, dan Allah Maha mengerti apa yang terbaik untuk hambanya.
Sekadar perkongsian untuk diri sendiri~~
Tuesday, 28 May 2013
Senyum..
Saya terbaca satu artikel yang sangat menarik. Mungkin jiwa-jiwa daie perlu faham benda ni, so saya nak kongsi sedikit isinya. Bagi yang stress, banyak program ditambah lagi dengan esaimen yang masih banyak tertangguh, Walau seberat manpun ujian yang anda terima, cubalah untuk senyum. Mungkin itu tarbiyah buat anda.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Saya lihat, kalian yang aktif dalam kerja-kerja Islam ini wajahnya stress belaka. Senyum pun macam tak senyum” saya mengomel.
Maklum sahaja, perjalanan yang jauh memberikan banyak masa untuk kami berbual.
“Kenapa ya?” kata sahabat saya yang memandu.
“Hah, kenapa ya? Sepatutnya saya yang tanya dan antum yang menjawab” saya ketawa kecil.
Lebih menimbulkan persoalan, karakter yang tertekan sebegitu bukan semulajadi. Sebelum kenal usrah, sebelum faham Tarbiyah, sebelum terlibat dengan dakwah, orangnya ceria-ceria belaka. Mengapa selepas mendapat kesedaran Islam, individu-individu ini berubah?
Atau apakah memang sepatutnya begitu?
Saya tidak rasa begitu.
BENARKAH ISLAM PENUH TEKANAN?
Stressful, tertekan, bukanlah apa yang saya kesan pada jiwa dan watak Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam dan para sahabat ridwanullah alayhim. Mereka tegas, namun mereka juga lucu, tenang, manusia biasa. Seimbang.
Bakr ibn ‘Abdullah menceritakan bahawa sahabat-sahabat Rasulullah radhiyallahu anhum bergurau membaling-baling tembikai sesama mereka. Tetapi apabila tiba urusan yang penting, mereka menjadi lelaki-lelaki yang sejati” [Al-Adab al-Mufrad oleh al-Bukhari no. 266]
Apabila aktivis dakwah sentiasa tertekan, jauh sekali untuk mereka kreatif. Sukar sekali untuk bersungguh dalam meneroka. Kerjanya pun boleh jadi asalkan siap. Setiap tugasan yang diberi, menambah tekanan, bukan keseronokan.
Situasi seperti ini merbahaya. Jika dahulu, jemputan menyertai gerak kerja dakwah adalah berkisar tentang persoalan memahami dalil-dalil kewajipan dakwah dan sejauh mana kemahuan melaksanakannya. Tetap kini ia dicabar dengan cara hidup yang bertentangan dengan kehendak dakwah. Generasi muda selesa berada dalam dunia peribadi yang disokong oleh ipod (lagu pilihan sendiri), PSP (permainan pilihan sendiri dan bermain seorang diri) serta jaringan sosial (bersosial dalam situasi menyendiri). Tiba-tiba dakwah mengajak mereka keluar daripada zon selesa kepada zon mencabar.
Jika cabaran itu menjanjikan keseronokan, Alhamdulillah.
Tetapi kalau cabaran itu menjanjikan tekanan, kemurungan dan hilang keseronokan, susahlah hendak bekerja. Dakwah juga yang jadi mangsa. Umat juga yang menanggung ruginya.
“Saya sekadar memerhati. Dekat sangat, tak nampak seperti batang hidung sendiri. Jauh sangat, sampai sudah bercerai kaitan antara generasi” saya menokok kisah.
Tidaklah terlalu senior.
Namun sudah tidak muda lagi.
“Apa pemerhatian ustaz?” tanya beliau.
IMPAK PSIKOLOGI
Kita sering menginspirasikan prospek dakwah kepada menerima tugasan dakwah, dengan melihat cabaran serta kesusahan orang lain. Melihat kemungkaran yang berleluasa. Lalu ayat-ayat ajakan kita penuh dengan REALITI.
“Cuba anta tengok, betapa teruknya masyarakat kita sekarang. Kemungkaran di mana-mana. Kita kena buat sesuatu. Takkan nak tunggu sampai Malaysia jadi macam Bosnia? Macam Lebanon? Macam Syria?” ujar kita dalam muqaddimah dakwah.
“Kita bukan nak ajak sampai menggadai nyawa mati syahid macam di Palestin. Kita cuma nak ajak buat kerja dakwah sama-sama. Minta sikit sahaja masa. Takkan itu pun tak boleh?” kita menambah lagi.
Ajakan itu realistik.
Itulah realitinya.
Namun realiti itu ada blind spot yang perlu diuruskan.
Menceritakan musibah orang lain, sering kita lakukan, demi memotivasikan diri agar lebih bersyukur serta melihat upaya diri untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik. Peluang lebih banyak, modal lebih besar, ujian jauh lebih kecil, sepatutnya boleh buat lebih lagi.
Akan tetapi itu logik kita.
Logik orang murung tidak begitu.
Semua cerita kekurangan orang lain, yang sepatutnya memotivasikan diri, menambahkan kemurungan dirinya!
“Teruknya aku. Orang Palestin sanggup mati. Aku, cintakan dunia. Malas nak berusaha. Aku memang hampeh!” kata prospek dakwah itu.
The Exhibit A of Loserdom!
Dia menjadi bertambah murung.
Ia adalah lingkaran pemikiran yang negatif (the spiral of negative thoughts).
Sesungguhnya kemurungan bukan perspektif. Ia adalah satu penyakit. Suatu kondisi jiwa dan pemikiran yang menyulitkan sesuatu yang positif dipandang positif dan negatif boleh diubah menjad positif. Apa yang berlaku ialah, segala-galanya menjadi lebih negatif. Pujuk pun negatif, marah pula lagilah bertambah negatif. Semua keterangan, menjadikan seseorang yang murung itu lebih pathetic!
Kebiasaan memulakan langkah dakwah dengan beban-beban jangkaan seperti ini, menyebabkan suasana dakwah dilanda kemurungan. Mereka yang menyertai dakwah ditimpa dengan kegelisahan (anxiety) bahawa dia tidak melakukan yang terbaik, dan tidak pernah mencapai yang terbaik.
Diburu anxiety. Gelisah takut dengan apa kata senior. Bimbang tidak menepati piawaian yang dicipta sendiri.
Justeru seruan kepada dakwah, perlu diusahakan agar beban-beban itu dihindari.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
setakat itu yang mampu.. :D
Sunday, 26 May 2013
Nikmat Ukhuwwah...
Kadang -kadang terfikir,kalaulah Allah tak temukan aku dengan kalian, pasti juga Allah temukan aku dengan yang lain. Tapi nak cakap disini pertemuan kita adalah takdir.
Disini kita bina tautan, disini kita bina kasih sayang. Walaupun ada perkara yang kita berbeza, ada perkara kita tak sama namun ikatan ukhuwah itu selalu mendahului segalanya.
Hidup aku mungkin tak seperti kalian, dan hidup kalian juga tidak seperti aku
Selalu saja diri ini berhajat, membawa kalian bersama-sama untuk merasai perjalanan hidupku ini, bukannya kerana seronok tapi bukankah ukhuwah mean "sharing itu loving?"
Aku nak kongsi satu perkara tentang diri aku. Aku sering kehilangan barang yang dihadiahkan oleh orang sekeliling aku. Dulu, aku pernah dapat jam dari kakakku, tapi aku hilangkan,aku pernah dapat jam juga daripada abangku tapi aku rosakkanya.
Terlintas juga difikiran, mungkin aku tidak pernah hargai pemberian itu, sehinggakan aku tidak boleh menjaganya dengan baik.
Bila diterjemah dalam bentuk pemberian sahabat daripada Allah. Adakah ianya harta yang patut aku hilang dan rosakkan?
pastinya tidak.
Aku sedar dan percaya, pertemuan ini adalah nikmat.
Nikmat yang perlu dihargai.
Kata Umar al-Khatab;
“Tidak ada suatu pun yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang insan selepas nikmat Islam selain teman yang soleh. Apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya, maka peganglah ia dengan sungguh-sungguh”
Terkadang juga, aku berfikir, kalaulah pertemuan itu takdir, pasti Allah juga tetapkan perpisahan.
"Lebih baik aku tidak pernah berjumpa dengan kalian kalau diakhirnya kita kena hadapi perpisahan"
Pernah terfikir benda ini, namun inilah realitinya yang perlu dihadapi. Mungkin kita akan berpisah pada zahirnya, tapi tidak pada batinnya. Moga ukhuwwah ini terus kekal hingga kita sama-sama melangkah masuk ke pintu syurga.
Disini kita bina tautan, disini kita bina kasih sayang. Walaupun ada perkara yang kita berbeza, ada perkara kita tak sama namun ikatan ukhuwah itu selalu mendahului segalanya.
Hidup aku mungkin tak seperti kalian, dan hidup kalian juga tidak seperti aku
Selalu saja diri ini berhajat, membawa kalian bersama-sama untuk merasai perjalanan hidupku ini, bukannya kerana seronok tapi bukankah ukhuwah mean "sharing itu loving?"
Aku nak kongsi satu perkara tentang diri aku. Aku sering kehilangan barang yang dihadiahkan oleh orang sekeliling aku. Dulu, aku pernah dapat jam dari kakakku, tapi aku hilangkan,aku pernah dapat jam juga daripada abangku tapi aku rosakkanya.
Terlintas juga difikiran, mungkin aku tidak pernah hargai pemberian itu, sehinggakan aku tidak boleh menjaganya dengan baik.
Bila diterjemah dalam bentuk pemberian sahabat daripada Allah. Adakah ianya harta yang patut aku hilang dan rosakkan?
pastinya tidak.
Aku sedar dan percaya, pertemuan ini adalah nikmat.
Nikmat yang perlu dihargai.
Kata Umar al-Khatab;
“Tidak ada suatu pun yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang insan selepas nikmat Islam selain teman yang soleh. Apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya, maka peganglah ia dengan sungguh-sungguh”
Terkadang juga, aku berfikir, kalaulah pertemuan itu takdir, pasti Allah juga tetapkan perpisahan.
"Lebih baik aku tidak pernah berjumpa dengan kalian kalau diakhirnya kita kena hadapi perpisahan"
Pernah terfikir benda ini, namun inilah realitinya yang perlu dihadapi. Mungkin kita akan berpisah pada zahirnya, tapi tidak pada batinnya. Moga ukhuwwah ini terus kekal hingga kita sama-sama melangkah masuk ke pintu syurga.
Monday, 7 January 2013
Politik, Islam dan Pilihanraya Malaysia 1980-an - 2008
PENDAHULUAN
Politik
merupakan salah satu cabang daripada ilmu. Menurut perspektif Islam, perkataan
politik berasal daripada istilah Arab yang disebut sebagai siasah.[1] Politik dalam sistem
kepimpinan Islam adalah berdasarkan tiga perkara iaitu tauhid, risalah
kerasulan Muhammad dan khilafah.
Pemikiran
politik Islam mempunyai hubungan agama dan negara. Penyatuan agama dan negara
yang bermaksud pemerintahan negara didasari dengan kedaulatan dan syariat.
Kenapa agama dan politk disatukan? Islam dan politik sering dipersepsikan oleh
umat Islam sebagai sesuatu yang integral dan meyatukan.[2] Islam itu sebagai agama
yang lengkap dan menyeluruh. Oleh yang demikian, kesemua urusan manusia
termasuklah urusan politik termasuk dalam urusan agama Islam.
Rasulullah
tidak pernah memisahkan antara urusan politik dengan kehidupan. Konsep
penyatuan agama dan politik dalam Islam sebenarnya nampak jelas terbentuk
setelah tidak lama Nabi Muhammad s.a.w wafat walaupun pada hakikatnya konsep
ini sudah wujud semasa nabi Muhammad menjadi ketua negara..
Tertegaknya
negara Islam sebenarnya mempunyai beberapa syarat. Antaranya, negara yang berfikrah iaitu negara yang
pemimpin dan rakyatnya memahami konsep dan tasawur Islam yang jelas, bahkan
pemimpin yang dipilih adalah pemimpin dalam kalangan yang amanah yang mampu
melaksanakan syariat Islam. Tertegaknya negara Islam juga dipengaruhi oleh
siapa yang memegang tampuk kepimpinan di atas iaitu pemerintah kerana
pemerintah yang membawa Islam secara jelas akan menyebarkan pengaruh dengan
mudah dan mudah mengajak masyarakat mendekati Islam.
ISI-ISI
PENTING
Islam dan Demokrasi
Islam
kemudiannya menjadi ideologi politik bagi masyarakat. Islam memerintah adalah
untuk menegakkan negara dan menerapkan aturan-aturan berdasarkan hukum-hukum
Islam. Tegaknya negara Islam adalah satu-satunya cara yang disyariatkan untuk
menerapkan hukum-hukum Islam
Dalam
konteks Malaysia, corak pemilihan pemimpin untuk menerajui negara dibuat atas
tiket demokrasi dan pilihanraya. Pemilihan dibuat oleh rakyat melalui proses
pengundian bagi menaikkan seseorang pemimpin.
Demokrasi
berasal daripada dua perkataan Greek atau Latin, bahasa purba di Barat iaitu Demos dan Kratos yang bermaksud rakyat
dan kuasa. Hal ini bermaksud rakyat berkuasa dalam hal pemerintahan atau
politik.[3] Demokrasi mengalami
perubahan sepanjang masa mengikut keadaan politik di tempat tersebut.[4]
Konsep
demokrasi, sebelum ini mendapat hujah daripada pihak tertentu yang beranggapan
demokrasi merupakan konsep yang diperkenalkan di negara Barat. Antara isu yang
dikemukakan tentang demokrasi iaitu kedaulatan dalam negara demokrasi terletak
kepada rakyat terletak kepada padahal
kedaulatan itu sebenarnya terletak kepada Allah. Namun para ulama’ sepakat menerima corak
demokrasi dalam pemerintahan atas beberapa sebab iaitu berpegang kepada
beberapa prasyarat atau asas hukum seperti mubah dan memberi penekanan kepada
senarai keutamaan, maka kewujudan parti-parti politik yang mengambil bahagian
adalah dibenarkan dalam Islam. Namun demikian parti-parti politik ini seharusnya
berhati-hati. Selain itu, perlu diketahui sama ada pilihanraya yang ingin
diadakan perlulah benar-benar mengikuti tuntutan sebenar aspek-aspek
persaingan.
Pilihanraya
Pilihanraya
dilihat satu asas dan cara dalam perlaksanaan demokrasi. Ini membolehkan kuasa
diberi kepada rakyat iaitu rakyat diberi peluang mengundi bagi memilih wakil
dan kerajaan. Dalam kepimpinan Islam ia lebih dikenali sebagai baiah. Baiah ini
bermaksud penyataan sikap yang menyokong dengan ikhlas dan redha. Pilihanraya
yang wujud di kebanyakan negara sekarang dilihat sebagai salah satu medan
perlumbaan merebut jawatan. Menurut Al-Maududi, pilihanraya moden dibenarkan
asalkan tidak ada unsur korup yang menjadikan demokrasi moden itu satu
kepalsuan semata-mata.[5] Pilihanraya mempunyai
sistem bagi memastikan pilihanraya dikendalikan secara adil dan sistematik antaranya
pengendali pilihanraya.
Pengendali
pilihanraya ialah satu badan berkecuali yang melaksanakan pilihanraya yang
berfungsi memastikan proses pilihanraya berjalan dengan lancar dan sebagainya.
Badan ini perlu dan wajib ditubuhkan. Di Malaysia, badan tersebut dikenali
sebagai Suruhanjaya Pilihanraya yang perlu dipilih dibawah Majlis Raja-Raja.
Selain itu, Undang-undang pilihanraya juga perlu diwujudkan. Undang-undang
dikenakan kepada pengundi atau calon atau mana-mana pihak yang tidak mengikuti
peraturan. Sistem seterusnya ialah daftar pemilih. Pendaftaran perlu disediakan
kepada sesiapa yang berhak mengundi. Orang yang tidak layak mengundi seperti
tidak cukup umur dan tidak sempurna akal dan lain-lain tidak dibenarkan
mengundi. Selain itu, calon dan persempadanan semula juga menjadi salah satu
sistem dalam pilihanraya. Persempadanan haruslah dilakukan dengan melihat
kepada keluasan atau jumlah penduduk disesuatu tempat.
Islam sebagai wahana
Kejayaan
Rasulullah mendirikan negara Islam iaitu Madinah al-Munawarrah memberi bukti
bahawa Islam boleh memerintah walaupun rakyatnya terdiri daripada pelbagai
agama. Perjanjian yang dibuat antara orang Islam dengan bukan Islam memberi
manfaat kepada kedua-dua pihak. Rasulullah mendirikan negara dengan menjadikan
Islam sebagai dasar dan meletakkan al-Quran dan Sunnah di tempat yang paling
atas dan menjadi rujukan.
Dalam
konteks Malaysia, masih banyak kecelaruan, sama ada negara ini merupakan negara
Islam ataupun bukan. Semasa zaman Tunku Abdul Rahman dahulu, Tunku mengatakan
bahawa Tanah Melayu bukanlah negara Islam atas faktor tertentu, namun selepas
Tunku Mahathir memegang tampuk, beliau mengisytiharkan Malaysia sebuah negara
Islam dan pada waktu itu, banyak dpembangunan berkaitan Islam telah dibangunkan.
Negara
Islam sebenarnya tertegak jika tampuk pemerintah atasan atau pemerintah adalah
dalam kalangan orang yang benar-benar ingin membawa Islam dan menjadikan Islam
sebagai matlamatnya. Tampuk pemerintahan tersebut hanya diperolehi dengan jalan
pilihanraya kerana pemerintahan negara Malaysia bercorak demokrasi.
Perintah
Allah dalam al-Quran iaitu menjadikan khalifah di muka bumi ini menjadi teras
penting pembentukan sesebuah negara. Oleh sebab khalifah Islam telah tiada
bermula selepas kenaikan Kamal Attartuk 1924, misi menaikkan semula institusi
khalifah telah berlaku di seluruh negara termasuk Malaysia. Mendapatkan
institusi khalifah dan mendirikan negara Islam ini dilakukan dengan pelbagai
cara. Contohnya dengan perperangan dan
pilihanraya. Kemenangan Dr. Mursi di Mesir melalui proses pilihanraya
menandakan bermulanya pemerintahan Islam di dunia Mesir.
Islam
memang tidak memisahkan antara agama dan politik. Politik merupakann satu
wasilah atau jalan yang boleh membawa kepada maksud tercapai matlamat
memartabatkan agama.[6] Sehubungan dengan itu,
orang yang mempunyai kuasa politik harus memahami bahawa kuasa tersebut
merupakan amanah yang akan disoal oleh di akhirat nanti.[7] Proses menegakkan Islam
dalam negara Malaysia memerlukan agenda
yang sistematik bagi meraih undi dalam pilihanraya. Menjadikan Islam sebagai
wahana politik bagi mencapai kemenangan dalam pilihanraya merupakan satu isu
besar yang dipertikaikan oleh sesetengah pihak kerana ada yang menganggap
bahawa parti-parti politik yang bertanding sering menggunakan Islam sebagai
alat untuk meraih undi.
Politik
satu wasilah untuk mencapai kedaulatan Islam dan parti-parti yang bertanding
mempunyai matlamat tersendiri bagi memastikan parti mereka sentiasa dihadapan.
Islam sangat penting sebagai wahana dalam mencapai matlamat poltik melalui proses
pilihanraya kerana melalui pilihanraya Islam boleh ditegakkan bagi sesetengah negara
yang bersistemkan demokrasi. Di India misalnya, pada awal abad ke-20, India
diwarnai dengan beberapa aliran pemikiran dan antara kumpulan politk yang
berpengaruh ialah India National Congress. Umat Islam menyokong parti ini
kerana tertarik dengan sikap pemimpinnya iaitu Mahatma Ghandi. Namun, Al-Mawdudi
tidak berminat dengan parti tersebut kerana bimbang komponen Islam yang ada
dalam parti tersebut akan hilang kerana didominasikan oleh Hindu. Kemudian,
Al-Mawdudi menubuhkan Jamiat Islami kerana berhasrat mewujudkan negara Islam
dan akhirnya berjaya menarik perhatian ramai orang untuk menganggotainya serta
membantu menyumbang ke arah merealisasikan hasratnya. Disini, kita dapat lihat
bahawa komponen Islam itu merupakan satu tarikan bagi manarik hati rakyat
kerana rakyat percaya dengan Islam akan membawa pembangunan dan kebajikan
kepada mereka selain daripada sikap-sikap ahli yang ada di dalamnya.
Pilihanraya Malaysia pada
tahun 1980-an hingga 2008
Di
Malaysia, parti-parti politik yang ada juga terutama United Malays National
Organisastion UMNO dan Parti Islam Se-Malaysia PAS merupakan parti dominan yang
membawa agenda Islam dalam pilihanraya. Agenda Islam Yang dibawa kemudiannya
telah memberikan hasilpositif kepada parti-parti tersebut.
Pilihanraya
kali ke-6 pada tahun 1982, sewaktu pemerintahan Tun Dr. Mahathir, beliau telah
membawa dan mengubal dasar penerapan nilai-nilai Islam. Pada waktu ini, Anwar
Ibrahim yang sekarang ini mengetuai Parti Keadilan Rakyat PKR telah dibawa
masuk oleh Tun. Mahathir bagi mengetuai agenda ini. Dasar ini telah berjaya
membangunkan Islam dalam sektor awam seperti pendidikan dan perbankan iaitu
kewangan Islam. Di sekolah-sekolah, subjek pendidikan Islam diberi penekanan
dan amalan bacaan doa semasa perhimpunan mula diterapkan. Ramai yang melihat
bahawa agenda ini berselindung di bawah agenda politik untuk menarik undi
daripada orang Melayu Islam dan mengekang pengaruh parti PAS. Rakyat yang
melihat agenda ini sebagai satu perubahan yang sangat baik daripada
pemerintahan sebelumnya memberi komitmen undi yang akhirnya menyumbang kepada
kemenangan undi UMNO semasa pilihanraya kali ke-7.
Pilihanraya
kali ke-7, 1986, hala tuju yang dibawa oleh PAS dibawah kepimpinan Ulama dan
dengan pelbagai program agama yang dianjurakan juga telah membantu PAS meraih
undi dan pada tahun 1990, sewaktu pilihanraya kali ke-8, Pas membawa slogan
“Membangun Bersama Islam” telah berjaya memikat hati rakyat dengan memenangi 39
kerusi pada pilihanraya tersebut. Ini juga disebab oleh rakyat yang Kelantan
menginginkan Islam, menyebabkan ramai yang tertarik dengan slogan ini.
Isu
Islam sebagai alat politik yang berlaku timbul daripada kedua-dua pihak parti
kerajaan dan pembangkang dan isu ini sangat popular juga dalam pilihanraya yang
berlaku dari 1999 hingga 2008.
Jika Islam menjadi dasar,seharusnya Islam dirujuk dalam semua perkara. Bagi
parti-parti politik amat penting untuk meraih undi, bahkan dalam apa cara
sekalipun termasuk menggunakan Islam. Penggunaan isu Islam ini tidak dinafikan memberi
kesan dalam pilihanraya yang telah diadakan. Dalam pilihanraya kali ke-11 juga
misalnya, kita sedia maklum, isu Islam Hadhari sangat popular suatu ketika
dahulu yang mana isu ini menjadi asbab Parti Barisan Nasional terutama UMNO
meraih banyak kerusi. Islam Hadhari yang dibawa oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi
yang ketika itu memegang tampuk kerajaan. Islam Hadhari ini diisytiharkan
semasa waktu hampirnya Pilihanraya kali ke-11 iaitu pada tahun 2004. Tun
Abdullah memperkenalkan 10 prinsip yang terkandung dalam Islam Hadhari yang
merujuk kepada nilai-nilai murni dalam Islam dan perlu diterapkan dalam budaya
kerja. Pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan semasa awal tampuk
pemerintahan dan awal pilihanraya dilihat sebagai salah satu cara untuk menarik
semula undi orang Melayu yang semakin merosot semasa pilihanraya sebelumnya
iaitu kali ke-10 iaitu ketika berlakunya pemecatan terhadap Anuar Ibrahim dan
pada waktu itu juga berlaku kekacauan dalaman dalam Barisan Nasional. Jadi, Islam Hadhari dilihat sebagai cenderung
bertujuan mencapai matlamat politik bagi memenangi pilihanraya. Walaupun pihak
parti pembangkang mengkritik tentang
Islam Hadhari yang dibuat oleh kerajaan, namun kemenangan telah berpihak juga
kepada parti kerjaan dengan undi yang cukup besar.
Semasa pilihanraya kali ke-12, Barisan mengalami
kejatuhan yang paling teruk selama pilihanraya. Walaupun Barisan memenangi 140
kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan, tapi hakikatnya, buat kali
pertama Barisan Nasional tidak berjaya menduduki 2 per 3 kerusi dalam Dewan
Rakyat.[8]
Kemerosoton undi Barisan Nasional telah memberi kesan terhadap pendekatan Islam
Hadhari dan Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi bercakap tentang Islam Hadhari
selepas pilihanraya tersebut. Malahan ada yang mengatakan Islam Hadhari menjadi
faktor penyumbang kemerosotan kerusi kerana berpendapat ada unsur-unsur dalam
Islam Hadhari ini tidak boleh diterima oleh rakyat selain daripada peranan
parti pihak pembangkang yang cuba memberi sebaran tentang Islam Hadhari yang
dilihat tidak perlu dilaksankandan ini menimbulkan kesan fobia kepada
masyarakat terhadap ideology tersebut. Namun, kita dapat lihat disini, bahawa
Islam telah menjadi alat penting bagi meraih undi dalam pilihanraya sehingga
memberi menang besar kepada pihak kerajaan pada pilihanraya ke-11.
Begitu juga tentang isu hudud yang sering diwar-warkan
sekarang. Sesetengah pihak mengatakan hudud yang ingin dilaksanakan oleh pihak
pembangkang iaitu PAS, akan menyebabkan ramai akan mengalami pengangguran dan
negara juga akan mengalami korupsi dan parti tersebut akan mengalami
kemerosoton undi terutamanya pengundi bukan Islam. Namun begitu, parti ini
menafikan hudud hanya menjadi alat tetapi sebenarnya ingin menjadikannya dasar
kerana matlamat mereka yang dikatakan ingin menegakkan negara Islam.
KESIMPULAN
Islam sangat penting sebagai wahana mencapai matlamat
politik melalui pilihanraya pada tahun 1980-an hingga 2008. Hal ini jelas
kelihatan dalam contoh-contoh yang telah diberikan. Kita melihat bahawa isu
Islam ini sangat penting bagi meraih undi bagi sesebuah parti terutama di
tempat-tempat yang mahukan Islam. Islam sebenarnya merupakan satu matlamat
dalam politik dan politik merupakan wasilah bagi mencapat matlamat tersebut.
Bahkan Islam sendiri merupakan satu dasar yang perlu ditegakkan bukannya hanya
sekadar dijadikan sebagai alat sahaja semata-mata untuk meraih undi dan mencapai
kemenangan dalam pilihanraya. Kesedaran terhadap Islam yang semakin meningkat
dalam kalangan rakyat pada masa ini mendorong mereka memilih parti yang mereka
lihat mampu membawa Islam dan membangunkan ummah.
[1] Ahmad Redzuwan, Demokrasi dan Kepimpinan Islam, Suatu Perbandingan, Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.,2003, hlm 71
[2] Mujar Ibn Syarif & Khamami Zada, Fiqh Siyasah, Doktrin dan Pemikiran
Politik Islam, Produksi Penerbit Erlangga, 2008, hlm 79
[3] Abdul Hadi Awang, Islam dan Demokrasi, Selangor: PTS Publication & Distributors
Sdn. Bhd.,2007, hlm 59
[4] Abdul Hadi Awang, Islam dan Demokrasi, hlm 59
[5] Ahmad Redzuwan, Demokrasi dan Kepimpinan Islam, Suatu Perbandingan, Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.,2003, hlm 71
[6] Abdul
Ghafar Don, Integrasi Politik Dan Dakwah,
Dakwah dan Etika Politik Di Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publication
& Distributors Sdn.Bhd., 2005, hlm 15
[7] Abdul
Ghafar Don, Integrasi Politik Dan Dakwah,
Dakwah dan Etika Politik Di Malaysia Dakwah dan Etika Politik Di Malaysia, hlm 15
[8] M.R. Othman, 2008, Persepsi Terhadap
Pendekatan Islam Hadhari dan Kekalahan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum
Kali ke-12, Shah Alam : Pusat Penerbit Universiti, hlm 445
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)
.jpg)