“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
Sunday, 30 December 2012
Apakah sebenarnya yang terkandung dalam amanat Hadi?
Adakah kalian tahu atau tidak? dan dengan itu terus membabi buta menghina, mempersoalkan, memfitnah seorang ulama. Bukannya mereka, (para ulama ini) tidak mengerti hukum hakam bukan?
Tok Guru Hj Hadi hanya minta 1 jam sahaja untuk menjelaskan isu ini secara live dalam TV1 dan TV3.
Ada berani??
Ya Allah..Moga sentiasa dipermudahkan dalam urusan perjuangan ini. Perjuangan yang pastinya menagih seribu pengorbanan. :)
Friday, 14 September 2012
Isthikarah
“Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan
dengan sesuatu maka hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (iaitu, mengerjakan
solat dua rakaat) yang selain daripada solat yang fardhu.Kemudian hendaklah dia berdoa:
Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau (iaitu memohon pilihan dan kebaikan daripada-Mu) dengan ilmu-Mu, dan aku memohon kurniaan kuasa dengan kuasa-Mu, dan aku juga memohon daripada kemurahan-Mu Yang Maha Agung.Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi.Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini adalah baik bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian, berkatilah bagiku di dalam pilihan ini.Dan andai kata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.”

(Riwayat Bukhari)
Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)