Monday, 5 December 2011

Doa seorang Hamba


Ya Allah, Tika ini aku rasakan diriku semakin jauh daripadaMu Ya Allah
Semakin lupa diri ini kepadaMu Ya Allah
Semakin hina diri ini ku rasakan
Kekadang malasku menguasaiku
Hingga kekadang aku lebih mendahulukan pekara yang sia-sia daripada melakukan ibadah kepadaMU
Hati ini selalu bertanya,kenapa diri ini jadi begini?
Ya Allah jadikan aku hamba yang selalu mengingatiMu

Ya Allah, hati ini sangat-sangat mengharap rahmat daripadaMu
Engkau pimpinlah aku di atas jalanMU
Jangan biarkan diri ini lalai dengan nikmat dunia
Jangan biarkan  diri ini dikuasai nafsu

Ya Allah, aku cuba hadirkan rasa cintaku kepadaMu
Tapi kekadang kurasa  cintaku  tidak berbalas
Adakah disebabkan Kau tidak mahu mendekatiku lagi?
Adakah disebabkan oleh dosa yang aku lakukan
Ampunkanlah dosaku Ya Allah!

Ya Allah, jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur atas nikmatMu
Kerana nikmat yang telah Kau berikan sudah tersangat banyak buatku
Nikmat iman, Islam, nikmat hidup...
KeranaMu aku masih bernafas
KeranaMu aku masih bisa berjalan di atas muka bumi
Kerana kasih sayangMU Kau hadirkan aku insan sekeliling yang menyayangiku
Terima Kasih ALLAH!



Ya Allah, ingin sekali bermunajat di sepertiga malamMu
Memohon belas kasihMu pada waktu itu
Memohon cinta daripadaMu
Moga Kau permudahkan aku melakukan itu

“ Ku harapkan hadirnya satu cinta  yang tidak akan sekali membawa aku kepada cinta yang lain melainkan cinta Allah..Kuharapkan Allah tidak pernah lupa pada diriku”






                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         


Friday, 25 November 2011

Wahai wanita,cantiknya dirimu..



Wahai Ali, engkau adalah Imam kepada umatku dan penggantiku setelah ketiadaanku. Engkau adalah pemimpin orang-orang mukmin ke dalam syurga. Aku telah melihat puteriku, Fatimah telah datang pada hari kiamat di atas cahaya, di sebelah kanannya ada 70 000 malaikat, di sebelah kirinya ada 70 000 malaikat, di hadapannya ada 70 000 malaikat, dan di belakangnya ada 70 000 malaikat. Beliau memimpin wanita-wanita beriman daripada umatku. Maka, wanita-wanita yang melaksanakan solat lima waktu, berpuasa dalam bulan Ramadhan, mengerjakan haji, mengeluarkan zakat, mentaati suaminya dan menolong Ali setelah ketiadaanku, mereka akan masuk dengan syafaat puteriku, Fatimah. Sesungguhnya, dia adalah pemimpin wanita sepanjang masa.”





Insan yang bergelar wanita, hadirmu menghiasi taman - taman dunia. Allah ciptakan Hawa dari tulang rusuk Adam, sebagai teman untuknya tika Adam kesunyian, begitu juga dirimu, diciptakan untuk menjadi pendamping bagi seoarng yang bernama lelaki..
Kecantikan dirimu bukanlah terlihat dari pandangan mata iaitu luaran tetapi kcantikanmu itu diukur melalui hati iaitu dalaman dan melalui kecantikan dalaman itulah terpancar hingga mencantikkan luaranmu. 

“ Harta yang paling berharga di dunia ialah wanita solehah”

Sesungguhnya wanita itu sangat berharga. Bagi yang menyedari hakikat ini ia pasti akan menjaga dirinya dan menjadikan dirinya paling bernilai di mata Allah, bukan wanita yang menjatuhkan harga dirinya sendiri. Menjatuhkan nilai diri dengan membuka aurat, menampakkan kepada yang tidak sepatutnya. MasyaAllah, kalaulah kita rasai betapa panasnya api neraka yang membakar  , nescaya secebis pun umat tidak berani melakukan dosa, namun jalan nafsu lebih diikuti berbanding jalan yang kadang-kadang perlu kesabaran dan  kepahitan tapi manisnya akan dirasai kemudian.

Wahai wanita...
Islam telah tetapkan satu garis panduan untuk kau berasa selamat hidup didunia dan akhirat..
Garis panduan yang sebanarnya sangat mudah diikuti, tapi mengapa kau lebih memilih untuk mengikuti jalanmu sendiri?

Wahai wanita, tidak teringinkah dirimu menikmati keindahan syurga?

Indahnya syurga sehingga tidak dapat digambarkan
Dalam sebuah hadith Qudsi Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah SWT berfirman: “Aku menyediakan untuk hamba-hambaKu yang soleh itu iaitu apa yang tidak pernah mata melihatnya, tidak pernah telinga mendengarnya dan tidak pernah terbayang dalam hati seseorang. Bacalah olehmu jika kamu suka, maka tidak seorangpun yang mengetahui apa yang tersembunyi di balik matanya.” (HR Bukhari)
Kesenangan yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadith di atas ialah kesenangan yang tidak ada bandingannya dengan apa pun yang ada di dunia ini, termasuk kesenangan yang pernah dialami oleh para sahabat yang mendengarnya pada waktu itu.
Sehingga ketika Nabi menerangkan tentang keindahan syurga ini, salah seorang sahabat secara tidak sedar duduk menginsut-insut maju ke hadapan Nabi, sedangkan bibirnya dalam keadaan bergerak-gerak, kerana tertariknya dengan cerita tersebut. Padahal sebenarnya apa yang diceritakan oleh Rasulullah SAW itu adalah segelintir gambaran dari keadaan syurga sesungguhnya. Di dalam syurga itu terdapat bukan hanya segala apa yang ada di dunia ini. Juga apa-apa yang belum terbayang di dalam hati ini. Kesenangannya tidak ada bandingannya di segala zaman.

Sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya: “Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan mendapat tempat-tempat yang bagus di syurga Adnin. Sesungguhnya keredhaan Allah adalah lebih besar, itu adalah keuntungan yang besar.” (At-Taubah: 72)

SubhanAllah,
Indahnya syurga Allah....

10 ciri – ciri wanita syurga



1. Bertakwa.


2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk, melaksanakan solat, berpuasa


3. Mentaati suami


4. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.


5. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.


6. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.


7. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.


8. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).


9. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.


10. Menutup auratnya






"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"


Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.


Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.